
Media Sosial merupakan platform yang popular dan berkuasa bagi setiap individu, syarikat dan usahawan untuk berkomunikasi serta meluaskan pasaran sesuatu produk atau perkhidmatan.
Tahukah anda, jika anda mengaplikasikan media sosial dalam perniagaan akan lebih mudah mendapat pelanggan yang berpotensi. Antara platform-platform media sosial adalah seperti Facebook, Twitter, Instagram danYoutube. Tidak asing juga platform Tik Tok yang semakin popular dalam kalangan masyarakat pada setiap peringkat umur terutamanya bagi usahawan-usahawan kecil yang ingin menjana pendapatan.
Berdasarkan datareporter.com, seawal tahun 2022 di Malaysia terdapat sebanyak 21.70 juta pengguna Facebook, 4.40 juta pengguna Twitter, 15.55 juta pengguna Instagram, 23.6 juta pengguna Youtube dan 14.59 juta pengguna TitTok.
Data-data tersebut menunjukkan bahawa media sosial adalah plaftform yang sesuai untuk kembangkan sesuatu perniagaan dimana terdapatnya pelbagai sasaran yang dikehendaki.
Ramai sedia maklum, media sosial merupakan platform yang berkesan untuk sesuatu perniagaan. Akan tetapi, ramai yang risau atau kurang arif untuk memulakan perniagaan dalam media sosial. Ini kerana, mereka risau rugi masa, tenaga dan wang jika perniagaan dalam media sosial tidak berjaya.
Oleh itu, langkah pertama adalah mengenal pasti rangkaian sosial yang sesuai untuk anda tawarkan produk atau perkhidmatan. Ini kerana tidak semua platform media sosial sesuai dengan produk atau perkhidmatan yang akan ditawarkan.
Langkah kedua, anda perlu pastikan kandungan yang berkualiti. Kenalpasti pelanggan berpotensi anda dengan baik untuk memudahkan anda mereka bentuk kandungan dengan bahasa yang ideal. Kandungan berkualiti membolehkan anda mewujudkan perhubungan dengan pelanggan yang berpotensi.
Langkah ketiga, menetapkan objektif penerbitan. Adalah perlu untuk mempertimbangkan beberapa perkara sebelum menetapkan objektif. Antaranya adalah, reaksi yang ingin dihasilkan, interaksi yang dimahukan dan keperluan berkongsi maklumat.
Langkah keempat, perkongsian ilmu atau maklumat. Adalah penting anda tidak terlalu fokus terbitkan produk atau perkhidmatan semata-mata. Ini akan membuatkan pelanggan yang berpotensi kurang berminat dengan perniagaan anda. Untuk mendapat tarikan, terbitkan juga ilmu-ilmu atau maklumat yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan anda. Ini boleh membantu anda untuk mengekalkan atau menambahkan pelanggan yang berpotensi.
Langkah kelima, mendengar pandangan pelanggan. Komunikasi yang baik bersama pelanggan yang berpotensi sebelum, semasa dan selepas menawarkan produk atau perkhidmatan akan memberi impak yang positif, dimana mereka akan selesa untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan anda semula. Disamping itu, mereka boleh meyakinkan pelanggan lain bahawa anda dapat mengendalikan perniagaan dan pelanggan anda dengan baik.
Langkah terakhir, jejaki apa yang anda terbitkan. Untuk mengetahui sama ada tahap kerja anda bagus atau tidak adalah dengan mengukur kesan penerbitan. Oleh itu, lakukan semakan terbitan anda secara mingguan untuk mengelakkan terlepas pandang berkenaan perkara-perkara yang disukai oleh pelanggan atau pengikut. Pastikan juga anda mengenal pasti masa terbaik untuk menyiarkan penerbitan.
Dengan memahami perkara-perkara diatas, anda boleh menambah baik mutu kerja dan juga menghasilkan kandungan yang lebih baik untuk menjana impak yang lebih besar pada rangkaian sosial (social network).
Leave a reply